SATU inisiatif diumumkan bagi meningkatkan liputan dan kualiti Internet di tujuh kawasan utama di seluruh negara.
Ia bertujuan menyediakan liputan lebih stabil dan menyeluruh kepada orang ramai.
Lokasi-lokasi yang disasarkan untuk dinaik taraf, termasuk tapak penganjuran acara, institusi pengajian tinggi awam, kem tentera, stadium, destinasi pelancongan, hospital, serta lebuh raya utama dan laluan rasmi/protokol.
Menurut kementerian itu, kerja naik taraf telah siap di 17 lokasi penganjuran acara.
Susulan perbincangan bersama Kementerian Pendidikan Tinggi, sebanyak 81 institusi pengajian tinggi awam turut dipilih untuk program tersebut.
Di sebanyak 73 kem tentera yang dikenal pasti untuk dinaik taraf, projek tersebut kini berada di peringkat permintaan untuk cadangan (RFP).
Bagi stadium pula, satu daripada tiga lokasi sasaran telah siap dinaik taraf manakala kerja di dua lokasi lagi sedang dijalankan.
Bagi sektor pelancongan, kerja penambahbaikan telah siap di enam daripada 23 lokasi yang dikenal pasti.
Untuk infrastruktur kesihatan dan pengangkutan pula, kerja naik taraf telah selesai di tujuh daripada 20 hospital yang dirancang, manakala satu daripada tujuh lokasi di lebuh raya utama dan laluan protokol telah dinaik taraf sehingga kini.
Kementerian Komunikasi menegaskan bahawa inisiatif ini adalah usaha kerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) serta penyedia perkhidmatan telekomunikasi.
Projek ini dilakukan supaya semua kawasan tumpuan mempunyai akses Internet yang memuaskan, terutamanya semasa berlangsungnya acara besar atau ketika trafik pengguna tinggi.
 – BTSMedia.my