KERAJAAN Australia sedang mempertimbangkan untuk mengiktiraf sebuah negara Palestin berdaulat seawal minggu ini, lapor akhbar Sydney Morning Herald.
Perdana Menteri Anthony Albanese dijangka meluluskan langkah itu selepas mesyuarat kabinet hari ini (Isnin 11 Ogos).
Langkah ini diambil sejajar dengan pengumuman serupa oleh Perancis, Britain, dan Kanada.
Kerajaan Australia, yang diterajui oleh Albanese, telah lama menyokong penyelesaian dua negara.
Beliau sebelum ini berkata bahawa pengiktirafan sebuah negara Palestin adalah isu “bila, bukan jika” dan menegaskan bahawa ia adalah pendirian bipartisan yang telah lama wujud.
Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, mengutuk keputusan yang dibuat oleh beberapa negara sejak kebelakangan ini, mendakwa ia akan hanya akan menguntungkan kumpulan pejuang Hamas.
Walaupun puluhan ribu rakyat Israel membantah tindakan ganas terhadap penduduk Gaza, namun Netanyahu masih tegar menentang penubuhan negara Palestin.
Beliau menyifatkan tindakan negara-negara seperti Australia sebagai “mengecewakan dan… memalukan.”
-BTS Media