Oleh Yusoff A. Shariff
PEGUAM Negara baharu akan dilantik tidak lama lagi, kata satu sumber kerajaan.
Sumber itu mendakwa Peguam Negara Tan Sri Idrus Azizan Harun telah menyatakan hasratnya untuk tidak menamatkan baki kontraknya, yang akan berakhir pada Mac tahun depan.
Tiga nama telah dikemukakan kepada Perdana Menteri Anwar Ibrahim untuk pertimbangan sebelum menasihatkan Yang di-Pertuan Agong siapa patut dilantik sebagai ganti.
Ketiga-tiga calon adalah daripada kalangan hakim, tambah sumber itu, lapor The Star.
“Mereka terdiri daripada seorang hakim dari Mahkamah Rayuan dan dua dari Mahkamah Tinggi. Nama yang disebut kini ialah Datuk Ahmad Fairuz Zainol Abidin, Datuk Seri Kamaludin Md Said dan Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh,” kata sumber itu pada Khamis ( 15 Dis).
Tambahnya, pelantikan itu akan dibuat tidak lama lagi kerana Perdana Menteri perlu menyusun semula pentadbiran sebelum tahun baharu supaya beliau dapat menumpukan perhatian kepada perkara lain.
Idrus dilantik semula sebagai Peguam Negara untuk setahun lagi pada 6 Mac. Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali berkata pelantikan semula beliau adalah selaras dengan Perkara 145(1) Perlembagaan Persekutuan.
Di bawah Perkara 145(1), Yang di-Pertuan Agong hendaklah, atas nasihat perdana menteri, melantik seseorang yang layak menjadi hakim Mahkamah Persekutuan untuk dilantik sebagai peguam negara.
-BTS Media