GAMBAR ATAS: Wikimedia Commons.
Oleh Zainal AS Rashid
TENTERA Mexico akan mempelbagaikan aktiviti dengan penumpuan pada sektor pelancongan melalui perkhidmatan penerbangan ke kawasan pelancongan popular di negara itu.
Pengumuman dibuat oleh Presiden Andrés Manuel López Obrador selepas akhbar El Universal menerbitkan beberapa dokumen tentera yang didedahkan oleh sekumpulan penggodam siber terhadap sistem komunikasi tentera pada awal minggu ini.
Syarikat penerbangan itu akan memulakan operasi tahun depan dengan menggunakan 10 pesawat yang disewa, kata López Obrador. Syarikat penerbangan itu juga akan menggunakan pesawat mewah presiden.
Menurut laporan El Universal, pihak tentera juga mahu mengendalikan beberapa hotel, dua muzium dan dua taman negara melalui syarikat pelancongan baharu yang diberi nama Itzamná, khususnya di kawasan percutian popular sekitar Cancún dan Tulum di pantai Caribbean negara itu.
Di bawah pentadbiran nasionalis sayap kiri López Obrador, angkatan tentera semakin mendapat pengaruh, contohnya dalam perkara dan projek pembinaan.
Sebuah lagi syarikat tentera yang baharu diasaskan kini bertanggungjawab untuk pentadbiran empat lapangan terbang dan projek kereta api Tren Maya (Maya Train).
-BTS Media