BTS Media

Banyak sangat aduan, pasukan petugas khas akan siasat perkhidmatan TnG

GAMBAR ATAS: ItsTomato, CC BY-SA 4.0 <https://creativecommons.org/licenses/by-sa/4.0>, via Wikimedia Commons</small.

 

OLEH kerana banyak aduan diterima berhubung perkhidmatan Touch ’n Go (TnG), Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Salahuddin Ayub berkata pihaknya akan  menubuhkan pasukan petugas khas.

Banyak aduan yang diterima ialah berkaitan kad prabayar TnG Visa, kesukaran mendapatkan kad TnG, masalah kaedah RFID dan talian hotline yang tidak dijawab.

Beliau berkata pasukan petugas khas yang akan diketuai oleh ketua setiausaha kementerian itu perlu ditubuhkan memandangkan peningkatan rungutan orang ramai mengenai perkhidmatan TnG, terutama pada minggu sambutan Tahun Baharu Cina.

Salahuddin berkata beliau sendiri telah menerima beberapa aduan ini dan akan meminta laporan dikemukakan kepada kementerian bagi setiap kes.

Beliau memberitahu media pada sidang media di Johor Baru hari ini bahawa tindakan akan diambil terhadap syarikat itu jika gagal menjalankan tanggungjawab dan menyelesaikan masalah berkaitan perkhidmatan berkenaan.

-BTS Media

Leave a Comment