BTS Media

Tiada lagi kekebalan: Tindakan tegas Iran mengajar Israel erti sakit

GAMBAR: Antara kemusnahan daripada serangan peluruh berpandu balistik Iran di Israel.

IRAN berkata serangan terhadap Israel akan berterusan dan sasaran akan diperluaskan untuk merangkumi pangkalan tentera Amerika Syarikat di rantau itu dalam beberapa hari akan datang.

Agensi berita Fars Iran pada hari Sabtu, yang memetik pegawai kanan tentera Iran berkata serangan tidak akan berakhir dengan tindakan terhad semalam.

Iran akan mempertingkatkan serangannya ke atas Israel, dan akan memastikan tahap-tahap berikutnya akan lebih menyakitkan negara Zionis itu.

Iran juga berkata bahawa perang akan merebak dalam beberapa hari akan datang ke semua kawasan yang diduduki oleh rejim Israel dan pangkalan Amerika di rantau itu.

Ancaman perang yang lebih luas ini muncul ketika Iran dan Israel terus menyasarkan satu sama lain pada hari Sabtu, berikutan serangan udara terbesar Israel terhadap musuh lamanya, yang bertujuan untuk menghalangnya daripada membangunkan senjata nuklear.

-BTS Media

Leave a Comment