BTS Media

Iran selar ancaman tindakan ketenteraan Israel ke atas program nuklear

KEMENTERIAN Luar Iran pada hari Khamis menyelar ancaman Israel sebagai “keterlaluan” selepas menteri luar Israel memberi amaran akan mengambil tindakan ketenteraan untuk menghentikan keupayaan nuklear Iran.

Dalam temu bual dengan majalah Politico, menteri luar Israel Gideon Saar berkata Iran mempunyai cukup uranium untuk menghasilkan “beberapa bom nuklear”,  dan masa untuk bertindak semakin suntuk.

“Saya berpendapat bahawa untuk menghentikan program nuklear Iran sebelum ia dijadikan senjata, pilihan ketenteraan perlu diambil,” katanya, dalam artikel yang diterbitkan pada hari Rabu.

Jurucakap kementerian luar Iran, Esmaeil Baqaei menyifatkan kenyataan itu sebagai “keterlaluan dan tidak rasional.”

“Menteri Luar rejim Israel dan pegawai lain terus mengancam Iran dengan tindakan ketenteraan manakala negara-negara Barat tetap menyalahkan Iran atas keupayaan pertahanannya,” katanya dalam catatan di X.

Baqaei menambah bahawa di rantau yang dibelenggu penjajahan oleh Israel, sememangnya logik bagi kami memaksimumkan keupayaan pertahanan kami.”

Awal bulan ini, semasa lawatan Setiausaha AS Marco Rubio ke Israel, Benjamin Netanyahu berkata Israel akan “menyelesaikan tugas” membelasah Iran dengan sokongan Amerika Syarikat.

Iran tidak mengiktiraf Israel, dan kedua-dua negara itu bermusuhan sejak beberapa dekad. Buat kali pertama, kedua-dua negara saling menyerang seiring ketegangan serantau yang dicetuskan oleh perang Gaza.

Presiden AS Donald Trump, yang kembali ke White House sebagai presiden untuk penggal kedua pada bulan Januari, telah mengembalikan dasar “tekanan maksimum” melalui sekatannya terhadap Iran.

Di bawah dasar ini, AS telah menarik diri daripada perjanjian nuklear 2015 antara Iran dan kuasa dunia, dan seterusnya menuduh Tehran pesat membangunkan senjata nuklear – satu dakwaan yang dinafikan sekeras-kerasnya oleh Tehran.

Tehran mematuhi perjanjian 2015 setahun selepas Washington bertindak menarik diri, tetapi kemudian mula menarik balik komitmennya. Dengan itu, usaha untuk memulihkan pakatan tersebut gagal.

Menurut satu kenyataan Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) yang disiarkan semula, Iran didakwa telah meningkatkan dengan ketara simpanan uranium yang diperkaya dalam beberapa bulan kebelakangan ini.

Iran menegaskan bahawa program nuklearnya adalah semata-mata untuk tujuan aman dan menafikan sebarang niat untuk membangunkan senjata atom.

Trump baru-baru ini menggesa untuk membuat perjanjian dengan Iran, tetapi pemimpin tertinggi Iran Ayatollah Ali Khamenei kemudian berkata “tiada masalah akan diselesaikan dengan berunding dengan Amerika.”

-BTS Media

Leave a Comment