BTS Media

Sanusi: Pemergian Tun Abdullah, negara hilang tokoh berjasa

MENTERI Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata Malaysia kehilangan seorang negarawan agung yang telah memberikan sumbangan besar, terutama dalam bidang pembangunan modal insan.

Beliau berkata sepanjang tempoh Tun Abdullah memimpin kerajaan dari 31 Oktober 2003 hingga 2 April 2009, beliau telah meninggalkan legasi berkekalan yang terus memberi kesan kepada negara hingga kini.

Tambahnya, antara inisiatif termasuk pembangunan ekonomi difokuskan melalui koridor wilayah, termasuk Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER), merangkumi Kedah yang terus dilaksanakan secara aktif hingga hari ini.

Sanusi menekankan bahawa Abdullah juga meninggalkan legasi dalam pendidikan Islam, terutamanya berkaitan Al-Quran, tulisan Jawi, bahasa Arab, dan ilmu fardu ain.

Beliau berharap agar segala sumbangan dan khidmat bakti Allahyarham kepada rakyat dan negara akan diterima sebagai amal jariah berterusan, dan mendapat ganjaran yang tidak putus-putus daripada Allah SWT.

Allahyarham, yang berusia 85 tahun, meninggal dunia pada hari Isnin (14 April) di Institut Jantung Negara di Kuala Lumpur.

-BTS Media

Leave a Comment