BTS Media

Bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi meninggal dunia

BEKAS Perdana Menteri Malaysia kelima, Tun Abdullah Ahmad Badawi, telah meninggal dunia.

Berita disahkan oleh menantunya, Khairy Jamaluddin, menerusi hantaran di Instagram.

Khairy Jamaluddin memaklumkan bahawa Tun Abdullah, yang mesra dikenali sebagai Pak Lah, menghembuskan nafas terakhir di Institut Jantung Negara (IJN) pada pukul 7.10 malam, Isnin (14 April).

Tun Abdullah Ahmad Badawi memegang jawatan Perdana Menteri pada tahun 2003, menggantikan Tun Dr Mahathir Mohamad.

Sepanjang kepimpinannya, beliau dikenali sebagai “Bapa Pembangunan Modal Insan Malaysia” setelah memperkenalkan Dasar Modal Insan Nasional.

Kesihatan Tun Abdullah dilaporkan merosot sejak beberapa tahun kebelakangan ini akibat demensia.

Beliau meninggalkan seorang isteri, Jeanne Abdullah, dan dua orang anak, Nori dan Kamaluddin, daripada perkahwinan pertamanya dengan Allahyarhamah Endon Mahmood, yang meninggal dunia akibat kanser payudara pada tahun 2005.

Beliau juga mempunyai dua orang anak tiri, Nadiah Kimie dan Nadene Kimie, daripada perkahwinan dengan Jeanne sebelum ini.

-BTS Media

Leave a Comment