BTS Media

Putra Heights Dikejutkan Letupan Paip Gas: Api Besar Menjulang Tinggi ke Langit

SATU letupan kuat berlaku di kawasan perumahan Putra Crest, Putra Heights, awal pagi tadi apabila saluran paip gas meletup, menyebabkan api besar menjulang  tinggi hingga dapat dilihat berkilometer jauh.

Seorang penduduk, Nor Azizi yang tinggal kira-kira 100 meter dari lokasi kejadian memberitahu NST, dia sedang menonton televisyen apabila mendengar bunyi letupan yang sangat kuat.

Dia berkata seluruh kawasan itu bergegar sehingga dia menyangka gempa bumi melanda, sebelum melihat api menjulang  kelangit.

Letupan juga menggegarkan tingkap rumahnya.

Nor dan keluarganya segera meninggalkan rumah untuk mencari tempat yang lebih selamat.

Dia berkata, sejak lebih 10 tahun tinggal di situ, ini kali pertama kejadian seperti itu berlaku di kawasan tersebut.

Nor, seorang pesara pekerja minyak dan gas, berkata kejadian  itu mungkin letupan saluran paip gas pertama di negara ini.

Api marak yang menjulang tinggi dapat dilihat sejauh Shah Alam melalui Lebuhraya Elite, dengan bahang api dirasai walaupun dari dalam kenderaan berhampiran lokasi kejadian.

Nor turut memaklumkan bahawa haba daripada kebakaran tersebut telah mencairkan beberapa peralatan rumahnya seperti tangki air, paip plastik dan kamera litar tertutup (CCTV).

 

Leave a Comment