BTS Media

Tabung Haji umum agihan keuntungan tertinggi dalam tujuh tahun

LEMBAGA Tabung Haji (TH) mengumumkan agihan keuntungan sebanyak 3.25% selepas zakat bagi tahun kewangan 2024.

Ini merupakan kadar tertinggi dalam tempoh tujuh tahun, sejak tahun 2018.

Pengumuman dibuat oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Mohd Na’im Mokhtar, pada hari Jumaat (21 Mac).

Jumlah agihan keuntungan adalah sebanyak RM2.92 bilion, yang akan memberi manfaat kepada lebih 9.54 juta pendeposit TH.

“Kadar ini dicapai selepas mengambil kira pembayaran zakat sebanyak 2.5775%, berjumlah RM99.35 juta,” kata Mohd Na’im semasa sidang media di Kuala Lummpur.

-BTS Media

Leave a Comment