GAMBAR ATAS: Wikimedia Commons.
Oleh Feste KR
Lembaga Tabung Haji mengumumkan bayaran haji bagi kumpulan B40 dan bukan B40 masing-masing sebanyak RM10,980 dan RM12,980 tahun ini.
Pengarah Urusan & Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Datuk Seri Amrin Awaluddin berkata ini adalah sebahagian daripada penstrukturan sasaran Tabung Haji bagi pembayaran haji mengikut keadaan semasa.
Beliau berkata kenaikan ialah RM1,000 dan RM3,000 bagi kedua-dua kumpulan B40 dan bukan B40 masing-masing mulai 2019.
Kenaikan kos adalah disebabkan oleh Cukai Nilai Tambah (VAT) yang telah meningkat daripada 5% kepada 15% bagi perlindungan insurans Covid-19 dan caj visa oleh kerajaan Arab Saudi.
“Kami memperuntukkan sejumlah RM150 juta untuk bantuan haji tahun ini, yang akan disalurkan terus kepada jemaah haji,” katanya semasa sidang media pada Jumaat (22 April).
Menurut Ambrin lagi, keutamaan juga akan diberikan kepada jemaah haji kali pertama tahun ini sebagai sebahagian daripada penstrukturan yang disasarkan.
Ini kali kedua kenaikan bayaran haji berlaku. Sebelum ini, sejak 13 tahun lalu, bayaran haji dikekalkan pada RM9,980.
Beliau berkata masih ada 37 hari lagi untuk penerbangan pertama jemaah haji, dan pihaknya . sedang membuat persiapan terakhir .
Jemaah diminta supaya bersedia dari segi kesihatan, kewangan dan perkara-perkara lain yang perlu.
Mereka dikehendaki membuat pemeriksaan kesihatan dan menjawab surat tawaran yang akan diberikan mulai Isnin (25 April) secepat mungkin.
Pada Khamis (21 April), Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Idris Ahmad mengumumkan hanya 14,306 jemaah haji Malaysia dibenarkan menunaikan haji tahun ini.
Ini merupakan hanya 45% daripada kuota biasa jemaah dari Malaysia yang dibenarkan oleh Arab Saudi.
Idris menjelaskan bahawa Arab Saudi hanya membenarkan sejuta jemaah untuk haji tahun ini, dengan hanya 85% jemaah luar dibenarkan, berbanding 75% pada 2019.
Syarat untuk haji tahun ini termasuk perlu berumur di bawah 65 tahun, dan telah menyelesaikan dua vaksin Covid-19 seperti yang diluluskan oleh Kementerian Kesihatan Saudi, selain perlu mengemukakan ujian PCR negatif Covid-19 yang diambil dalam tempoh 72 jam sebelum berlepas.
-BTS Media