JABATAN Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) telah mengeluarkan amaran cuaca buruk, dan meramalkan ribut petir dan hujan lebat di enam negeri sehingga pukul 4 petang hari ini, 13 Mac.
Satu kenyataan yang dikeluarkan oleh MetMalaysia memperincikan kawasan-kawasan yang terjejas, termasuk: Kelantan (Machang dan Kuala Krai); Terengganu (Besut, Setiu, dan Kemaman); Pahang (Jerantut, Kuantan, dan Pekan); Negeri Sembilan (Tampin); Melaka; dan Johor (Tangkak, Segamat, Muar, Batu Pahat, Kluang, dan Kota Tinggi).
Orang ramai dinasihatkan supaya merujuk laman web jabatan (www.met.gov.my), saluran media sosial rasmi mereka, atau memuat turun aplikasi myCuaca untuk mendapatkan maklumat terkini.
-BTS Media