DUA belas negeri, termasuk Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya serta Sarawak dijangka berdepan ribut petir, hujan lebat dan angin kencang sehingga jam 10 pagi ini.
Amaran cuaca buruk membabitkan beberapa kawasan di negeri itu dikeluarkan Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) dalam satu kenyataan di Facebook.
Menurutnya, Kuala Muda, Kulim dan Bandar Baharu di Kedah, selain Pulau Pinang, Selangor, Putrajaya, Kuala Lumpur serta Melaka diramal akan mengalami cuaca itu hingga pagi ini.
“Kerian, Larut, Matang dan Selama, Kuala Kangsar, Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim di
Perak juga mengalami cuaca sama.
“Selain itu, Gua Musang di Kelantan, Pahang iaitu di Tanah Tinggi Cameron dan Lipis, Negeri Sembilan membabitkan kawasan di Jelebu, Seremban, Port Dickson, Kuala Pilah, Rembau dan Tampin.
“Di Johor, ramalan cuaca dijangka membabitkan Tangkak, Muar, Batu Pahat, Kluang, Pontian, Kulai dan Johor Bahru, manakala Sarawak, Samarahan (Simunjan) dan Sri Aman,” katanya.
METMalaysia berkata, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter sejam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.
“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu keluaran,” katanya.