BTS Media

Hujan berterusan di beberapa negeri petang ini hingga Selasa

JABATAN Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan beberapa negeri akan hujan berterusan sehingga Selasa ini.

Menerusi jadual yang dikongsi dalam laman sesawangnya, MetMalaysia memaklumkan hujan sangat lebat dan diberi amaran bahaya diramal di daerah Rompin, Pahang serta tiga daerah di Johor iaitu Segamat, Kluang dan Mersing, hari ini.

Selain itu, negeri yang diramalkan hujan berterusan dan berada pada tahap buruk dijangka berlaku di Pahang (Pekan), Johor (Tangkak, Muar, Batu Pahat, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru) serta Sarawak (Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman dan Betong dan Pusa).

Hujan berterusan dan pada tahap waspada pula dijangka berlaku di Pahang (Maran, Kuantan dan Bera), Sarawak (Betong, Saratok dan Kabong, Sarikei, Sibu, Kanowit, Mukah, Tanjung Manis, Daro dan Matu).

Pada Isnin, MetMalaysia meramalkan hujan akan berlaku satu dua tempat secara berterusan di beberapa negeri iaitu pada sebelah pagi membabitkan Terengganu, Selangor dan Johor, pedalaman Pahang, Sarawak (Kuching, Samarahan, Sarikei dan Mukah) dan Sabah (Tawau, Pedalaman, Sandakan, Kudat dan Labuan).

Pada sebelah petang, ribut petir akan berlaku di satu dua tempat iaitu di Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka, Johor serta satu dua tempat di kawasan pedalaman Kedah, Perak, Kelantan, Terengganu dan Pahang.

Di Sarawak pula ribut petir dijangka berlaku di Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit, Bintulu, Miri dan Limbang serta Sabah (Pedalaman, Pantai Barat, Tawau dan Sandakan).

Pada Selasa, hujan diramal di satu dua tempat pada sebelah pagi iaitu Kelantan, Terengganu, Pahang, Selangor dan Johor, Sarawak (Kuching, Samarahan, Betong, Sarikei, Mukah dan Miri), Sabah (Pedalaman, Tawau dan Sandakan).

Sebelah petang, ribut petir akan berlaku di satu dua tempat iaitu Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Kedah, Sarawak (Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit, Bintulu, Miri dan Limbang, Sabah (Pedalaman, Pantai Barat, Tawau, Sandakan dan Kudat).

Baca lagi: https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2023/03/1072563/banyak-negeri-alami-hujan-berterusan-petang-ini-hingga-selasa

Leave a Comment