BTS Media

Bilangan mangsa banjir di enam negeri meningkat

Oleh Zainal AS Rashid

SEJUMLAH 2,546 orang dilaporkan terjejas banjir di Kelantan, Johor, Melaka, Pulau Pinang, Perak dan Selangor setakat pukul 8.00 pagi ini (Isnin 14 Nov).

Dalam kenyataan di Facebook, Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) memaklumkan bahawa Kelantan mencatatkan angka tertinggi seramai 1,706 mangsa, diikuti Johor (319), Perak (261), Melaka (41), Pulau Pinang (37) dan Selangor (182).

Di Kelantan, seramai 559 keluarga dipindahkan ke lapan pusat pemindahan sementara (PPS) membabitkan kawasan Pasir Mas.

Di Perak, sejumlah 78 keluarga berada di enam PPS Hilir Perak, Kinta, Larut, Matang dan Selama.

Di Johor setakat ini, 73 keluarga ditempatkan di lapan PPS, iaitu di Kluang, Kulai, Ledang, Pontian dan Segamat, manakala di Selangor, seramai 53 keluarga ditempatkan di dua PPS.

Di Melaka, 12 keluarga ditempatkan di dua PPS dan lapan keluarga dipindahkan ke satu PPS di Seberang Perai Utara, Pulau Pinang.

-BTS Media

Leave a Comment