KESEMUA 12 pelajar dan guru mereka selamat dalam kebakaran yang memusnahkan sebuah sekolah tahfiz di Kampung Chokro, Simpang Renggam, Kluang awal pagi tadi.
Komander operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Mohd Nizar Ma’mun berkata kebakaran berlaku pada pukul 1.21 pagi.
Setiba di lokasi kira-kira 20 minit kemudian, mereka mendapati api sedang marak.
Api berjaya dikawal pada pukul 2.27 pagi dan dipadamkan sepenuhnya pada pukul 3.07 pagi.
Kira-kira 70 peratus sekolah itu musnah.
Punca kebakaran dan anggaran kerugian masih dalam siasatan.
-BTS Media