SEBUAH sekolah di Massachusetts, Amerika Syarikat dikecam kerana mengenakan tindakan terhadap seorang pelajar kerana memakai hijab.
Seorang ahli keluarga pelajar berkenaan telah memuat naik ke media sosial satu catatan berserta gambar “Borang Pematuhan Uniform Sekolah” yang disampaikan oleh seorang guru berhubung “kesalahan” itu pada Khamis lepas.
Dalam dokumen tersebut HIJab dieja “jihab”.
Bagaimana pun, pihak sekolah kemudian menghantar satu e-mel menjelaskan bahawa pemakaian “hijab’ itu boleh berdasarkan kepercayaan bahawa ia merupakan ekspresi pegangan kepada agama tertentu, namun demikian surat menyatakan keperluan itu wajib dikemukakan daripada pihak ahli agama berkenaan, lapor abcNews.
Superintenden sekolah Alex Dan berkata walaupun peraturan itu diperlukan, namun dia mengakui bahawa guru tersebut gagal menangani isu berkenaan secara berhemah.
Sementara itu, Majlis Perhubungan Islam-Amerika (CAIR) cawangan Massachusetts berkata peguam mereka kini mewakili keluarga pelajar itu dan sedang menjalankan siasatan.
CAIR menegaskan bahawa pemakaian hijab atau apa-apa keperluan agama tidak memerlukan permohonan daripada pihak keluarga.
-BTS Media