BTS Media

Pelajar dibuli kerana kalah bolasepak

TIGA pelajar Tingkatan Tiga sebuah sekolah asrama penuh di sini menjadi mangsa buli dua pelajar senior Khamis, susulan kekalahan pasukan mereka dalam perlawanan persahabatan bola sepak sekolah.

Aktivis masyarakat, Mona Din, 56, yang juga ibu saudara kepada seorang dari mangsa itu, berkata insiden bermula kira-kira jam 11 malam Khamis lalu, membabitkan tiga mangsa yang dipukul dua pelajar Tingkatan Lima.

Beliau berkata, kejadian berlaku di dalam dorm yang disaksikan pelajar lain.

“Ketiga-tiga mangsa dipukul kerana pelajar senior tidak puas hati pasukan bola sepak diwakili mangsa kalah dalam perlawanan persahabatan, termasuk kerana menjaringkan gol di gawang sendiri dan culas menghadiri latihan.

“Tiada kecederaan serius dialami semua pelajar yang dipukul,” katanya.

Mona berkata, pertemuan di antara waris dan pentadbiran sekolah dibuat hari ini bagi mencari penyelesaian, tanpa perlu membuat laporan polis .

“Pihak sekolah berjanji akan menangani kes ini sewajarnya sementara menunggu hasil siasatan dan tindakan lanjut.

“Pentadbiran sekolah mengatakan pelaku boleh dibuang sekolah,” katanya.

Baca lagi: https://www.msn.com/en-my/news/berita/pelajar-dibuli-kerana-kalah-bola/ar-AAZtP5h?ocid=msedgntp&cvid=f101dfea1a3c416f876455c9f6c6c9f2

Leave a Comment