BUTTERWORTH: Seorang pelajar Tingkatan 1 mendakwa dia disuruh oleh seorang guru kanan untuk melutut dengan mengangkat tangannya semasa perhimpunan sekolah pada Selasa, sebagai hukuman kerana memakai kasut dengan pengikat “velcro”.
Pelajar berusia 13 tahun itu kemudian membuat laporan di Balai Polis Tasek Gelugor mengenai kejadian berkenaan.
Menurutnya, dia ditegur guru itu kerana memakai kasut yang bukan standard.
“Saya disuruh sebelum perhimpunan untuk melutut di kawasan bertar dengan mengangkat tangan,” katanya.
“Saya beritahu guru itu, saya tak mampu beli kasut baharu kerana bapa saya tiada wang (untuk membelinya).”
Dia mendakwa, selepas “kayiru” yang dipakai di tangan kanannya dipotong, guru itu turut menyuruhnya membuang “pottu” dan debu suci di dahinya.
Pelajar itu berkata, susulan kejadian dia takut untuk ke sekolah.
Ketua Polis Seberang Perai Utara Radzi Ahmad mengesahkan laporan itu.