SEKUMPULAN pelajar cedera dalam kejadian tangki air pecah dan terkena laluan siar kaki Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Melor, Kota Bharu pada Selasa (9 Ogos).
Menteri Kanan Pendidikan, Senator Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin, ketika memaklumkan kejadian itu dalam kenyataan hari ini, berkata kesemua pelajar yang cedera dihantar ke hospital untuk rawatan.
“Selepas selesai sesi menjawab pertanyaan lisan di Dewan Negara sebentar tadi, saya menerima berita mengenai kejadian tangki air pecah di SMK Melor, Ketereh, Kelantan.
“Dimaklumkan beberapa orang murid mengalami kecederaan akibat kejadian tangki air pecah yang menimpa laluan pejalan kaki sekolah itu.
Radzi berkata, beliau telah mengarahkan pihak Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) supaya segera melaksana kerja-kerja pembaikan dan penyelenggaraan tangki air di sekolah itu.
-BTS Media