Oleh Fetty Rara
PUTRAJAYA: Enam kereta mengalami kerosakan apabila ditimpa serpihan daripada tangki air yang pecah di pangsapuri Blok B, Penaga Mas, Taman Mas, Sepang, semalam.
Ketua Polis Daerah (IPD) Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, tangki air yang berada pada ketinggian 18.5 meter di atas pangsapuri itu pecah pada pukul 7.15 petang.
Tiada kemalangan jiwa berlaku dan hanya kerosakan harta benda sahaja.
Susulan itu, Syarikat Air Selangor telah menghantar lori tangki air bersih bagi membantu 172 penduduk yang tinggal di pangsapuri tersebut.
Penduduk yang terjejas harta benda, termasuk kenderaan diminta hadir ke Balai Polis Putra Perdana untuk membuat laporan bagi tuntutan insurans.
-BTS Media