GAMBAR ATAS: Twitter @AbdQuddusMatIsa
SEBUAH lagi kenderaan berperisai mengalami kerosakan di Kuala Lumpur.
Kejadian disahkan oleh pihak tentera, yang mengatakan bahawa kenderaan tersebut rosak ketika dalam perjalanan pulang ke kem Sungai Besi pada Sabtu (27 Ogos).
“Kejadian kedua pada 27 Ogos lalu berlaku pada pukul 11.26 pagi berhampiran Muzium Negara membabitkan “prime mover” yang mengalami masalah enjin.
Dalam satu kenyataan Tentera Darat berkata mekanik dihantar ke lokasi untuk pembaikan dan kenderaan beroperasi pada 12.30 tengah hari, kemudian bergerak pulang ke pangkalan.
Kenyataan itu turut mengesahkan kejadian pada Jumaat di mana sebuah kereta kebal PT-91M Pendekar mengalami masalah enjin dan rosak di Jalan Damansara Kuala Lumpur.
Kereta kebal tersebut telah menamatkan latihan untuk perarakan Hari Kebangsaan sebelum mengalami kerosakan enjin pada pukul 10.30 pagi.
Menurut kenyataan itu lagi, sebuah kenderaan bantuan dihantar untuk menunda kereta kebal tersebut ke parkir kereta Muzium Negara untuk dibaiki,” katanya.
-BTS Media