BTS Media

Semakin menjadi-jadi: Lori pecah tayar, brek rosak rempuh tujuh kenderaan di Taiping

GAMBAR: Jabatan Bomba dan Penyelamat Taiping.

 

Sebuah lori merempuh tujuh kenderaan di KM81 Jalan Ipoh-Butterworth di Taiping, menyebabkan empat orang cedera pada Selasa (7 Jun).

Ketua Polis Daerah Taiping Osman Mamat berkata kejadian itu berlaku pada kira-kira pukul 7.30 pagi.

Siasatan awal mendapati bahawa tayar lori yang membawa barangan runcit itu pecah serta kerosakan pada brek menyebabkan kenderaan tersebut merempuh enam kereta dan sebuah motosikal.

Menurut Osman, tiga pemandu kereta dan penunggang motosikal cedera ringan manakala yang lain tidak cedera, termasuk pemandu lori berusia 42 tahun.

Lori tersebut dalam perjalanan dari arah Kamunting menuju ke Kuala Kangsar.

-BTS Media

Leave a Comment