BTS Media

Pemandu kenderaan himpit Lamborghini di lebuh raya direman

 

Oleh: Yusoff A. Shariff

Pemandu kenderaan putih pacuan empat roda dalam video tular yang melanggar sebuah kereta Lamborghini baru-baru ini dikatakan menyertai sebuah konvoi telah ditahan oleh polis di Kuali, Johor.

Ketua Polis Daerah Kulai Supt Tok Beng Yeow berkata wanita berusia 28 tahun itu ditahan pada kira-kira pukul 1 pagi Isnin (21 Mac) di ibu pejabat polis Kulai.

Beliau berkata suspek telah menyerahkan diri kepada polis.

Perintah reman diperoleh terhadap suspek daripada Mahkamah Majistret Kulai.

“Dia akan direman tiga hari bermula Isnin (21 Mac) hingga Rabu (23 Mac),” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Menurut beliau kes disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu dan berbahaya.

Sebuah video yang menunjukkan kumpulan kereta sports mewah berhenti di sepanjang KM34 Lebuhraya Utara-Selatan berhampiran Sedenak telah tular di media sosial baru-baru ini.

Video menunjukkan lalu lintas sesak di sepanjang lebuh raya, dan kenderaan itu cuba menghimpit kereta, justeru memaksa banyak kenderaan lain mengelak kenderaan tersebut.

-BTS Media

Leave a Comment