BTS Media

Empat pegawai dikaitkan dengan Ismail Sabri ditahan SPRM

EMPAT pegawai yang mempunyai kaitan dengan bekas perdana menteri Ismail Sabri Yaakob telah ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Sumber yang dipetik akhbar The Star berkata pegawai berkenaan dibawa ke Mahkamah Majistret Putrajaya pada hari Jumaat (21 Feb) untuk permohonan reman.

Perintah reman itu dikeluarkan Majistret Irza Zulaikha.

Tiga pegawai direman lima hari sehingga hari Selasa (25 Feb), manakala seorang lagi direman selama tiga hari dan dibebaskan pada hari Ahad (23 Feb).

Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki ketika dihubungi mengesahkan kes itu disiasat mengikut Seksyen 16a Akta SPRM.

-BTS Media

Leave a Comment