DUA pegawai kanan Mara akan didakwa oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pagi esok (Khamis 21 Julai).
Kedua-dua mereka akan didakwa di Mahkamah Sesyen di Kuala Lumpur.
Bagaimanapun, SPRM tidak menyatakan apa pertuduhan terhadap kedua-duanya.
Pada Februari lepas, SPRM dilaporkan menyiasat dakwaan salah guna kuasa dan salah urus melibatkan elaun beberapa eksekutif bahagian pelaburan Mara, Mara Corp.
SPRM juga telah melakukan serbuan ke beberapa pejabat Mara untuk mengumpul dokumen berkaitan kes itu.
Bulan lepas, Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki menafikan laporan berita bahawa Jabatan Peguam Negara (AGC) akan menggugurkan pertuduhan terhadap pegawai Mara kerana tidak cukup bukti.
Beliau berkata terdapat “bukti mencukupi” untuk mendakwa pegawai terbabit dengan rasuah, sambil menambah bahawa SPRM telah menyerahkan kertas siasatan kepada AGC dan mencadangkan beberapa pihak didakwa.
-BTS Media