BTS Media

Pembantu menteri sumber manusia ditahan SPRM – Sumber

SEORANG pembantu Menteri Sumber Manusia, V Sivakumar ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menurut sumber.

Katanya, pembantu itu yang merupakan pegawai kanan Sivakumar, ditahan bersama seorang ejen pengambilan pekerja asing.

Difahamkan, penahanan mereka ada kaitan siasatan membabitkan pengambilan pekerja asing, lapor FMT.

Usaha sedang dibuat untuk menghubungi pejabat Sivakumar dan SPRM untuk mendapatkan pengesahan.

Sementara itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Azam Baki mengesahkan kepada The Vibes bahawa seorang pembantu kepada menteri itu ditahan.

Baca lagi: https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2023/04/13/pembantu-menteri-sumber-manusia-ditahan-sprm-kata-sumber/

Leave a Comment