GAMBAR: Anadolu
KEDUTAAN Malaysia di Washington DC belum menerima sebarang notis rasmi daripada pihak berkuasa Amerika Syarikat (AS) berhubung dakwaan bahawa rakyat Malaysia juga akan diusir di bawah dasar imigresen yang lebih ketat, kata Kementerian Luar Malaysia pada hari Khamis.
Menurut satu kenyataan susulan laporan media bahawa lebih 400 rakyat Malaysia disenaraikan sebagai individu tanpa dokumen akan dihantar pulang dari AS, Wisma Putra berkata setakat ini tiada permohonan untuk bantuan konsular daripada rakyat Malaysia di sana.
Wisma Putra akan memberikan maklumat terkini dari semasa ke semasa berhubung perkembangan itu.
Laporan tersebut muncul di tengah-tengah penguatkuasaan ketat imigresen di bawah pentadbiran Presiden AS Donald Trump terhadap individu tanpa dokumen di negara itu.
-BTS Media