BTS Media

Rakyat Malaysia terperangkap hujan lebat di India selamat

KUALA LUMPUR: Sekumpulan rakyat Malaysia disahkan selamat selepas hujan lebat melanda wilayah utara India, Ahad lalu,.

Kementerian Luar dalam satu kenyataan berkata hanya 10 rakyat Malaysia terkesan bencana itu dan bukan 12 orang seperti yang dilaporkan sebelum ini.

“Laporan awal yang menyatakan sekumpulan 12 rakyat Malaysia didapati gagal dihubungi oleh ahli keluarga berikutan fenomena hujan lebat yang melanda Wilayah Utara India pada 12 Julai 2023 sudah dikemaskini.

“Sepuluh rakyat Malaysia yang terbabit, manakala dua lagi adalah rakyat China dan British.”

Kementerian Luar melalui Suruhanjaya Tinggi Malaysia di New Delhi telah mengesahkan dapat berhubung dengan salah seorang daripada 10 rakyat Malaysia itu.

“Suruhanjaya Tinggi Malaysia di New Delhi dimaklumkan bahawa kesemua mereka berada dalam keadaan selamat di Manali,” katanya.

Suruhanjaya Tinggi Malaysia di New Delhi akan berusaha untuk membawa keluar kumpulan tersebut ke New Delhi, dan dijangka mengambil penerbangan pulang ke Malaysia pada hari ini jika semua berjalan lancar.

-BTS Media

Leave a Comment