BTS Media

Kedutaan Malaysia di Bangkok siasat kehilangan wanita Malaysia berusia 22 tahun di Chiang Mai

GAMBAR ATAS: Facebook Choy Won.

 

Oleh Fetty Rara

KEHILANGAN Angie Chong Sum Yee, seorang warga Malaysia yang dilaporkan mengembara seorang diri di Chiang Mai, sedang disiasat oleh perwakilan Malaysia di Bangkok, kata wakil kedutaan yang bercakap dengan portal Coconuts.

Pada hari Jumaat, ibunya Choy Won memaklumkan di Facebook tentang kehilangan Angie dan meminta bantuan orang ramai membantu mencari anak perempuannya yang berusia 22 tahun itu.

Dalam usaha mencari anak perempuannya, Choy Won juga telah membuat aduan rasmi kepada pihak berkuasa di Malaysia dan Thailand.

“Tolong cari. Dia telah hilang selama 24 jam. Tempat terakhir dia berada di Chiang Mai, Thailand,” katanya dalam Facebook.

Ibu Angie juga aktif di Facebook, memohon maklumat lanjut daripada orang ramai mengenai kehilangan anak perempuannya itu.

Beberapa orang telah mencadangkan Choy supaya bertanya kepada hotel di mana Angie terakhir dilihat, namun ia tidak dapat disahkan.

Menurut Choy, kali terakhir dia berhubung dengan Angie melalui Whatsapp ialah pada Khamis pukul 10.00 malam, berpandukan catatan waktu “terkahir dilihat” (last seen).

Sejak itu, nombor anaknya tidak lagi aktif.

-BTS Media

Leave a Comment