Oleh Yusoff A. Shariff
Malaysia akan bertemu India pada suku akhir Pusingan Akhir Piala Thomas.
Dalam undian yang dijalankan selepas peringkat kumpulan, juara Kumpulan D Malaysia telah ditandingi naib juara Kumpulan C India.
Pemenang perlawanan itu akan bertemu pilihan kedua Denmark atau Korea Selatan pada separuh akhir.
Semalam (Rabu 11 Mei), Denmark menewaskan China 3-2 dalam perlawanan terakhir Kumpulan B untuk muncul juara.
China akan menentang juara bertahan dan pilihan utama Indonesia dalam pusingan lapan terakhir.
Pemenang akan berdepan dengan sama ada Jepun atau Taiwan.
Pengarah Prestasi Tinggi Malaysia BAM, Dr Tim Jones berkata Malaysia tidak akan memandang ringan keupayaan India, yang mempunyai tiga perseorangan yang baik dan satu beregu yang kuat.
JADUAL (12 Mei)
SUKU AKHIR:
Pukul 3.00 petang: Jepun lwn Taiwan.
Pukul 8.00 malam: China lwn Indonesia, Malaysia lwn India, Korea Selatan lwn Denmark.
-BTS Media