BTS Media

SPRM akan hubungi DBKL untuk siasatan dakwaan salah laku

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan menghubungi Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) esok berhubung dakwaan salah laku melibatkan ahli lembaga penasihat dalam pemberian projek bernilai RM4 juta.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Ahmad Khusairi Yahaya berkata Dewan Bandaraya sedang menyiasat perkara itu.

“Kita tunggu dan lihat hasil siasatan mereka.

“Esok pegawai saya akan menghubungi unit integriti Dewan Bandaraya,” katanya ketika dihubungi hari ini, “ lapor NST.

-BTS Media

Leave a Comment