BTS Media

Trump arah hantar bekalan bom 2,000kg kepada Israel

DONALD Trump berkata “banyak benda” yang diminta oleh Israel sebelum ini telah dihantar ke negara Zionis itu.

“Banyak benda yang diminta Israel tetapi disekat oleh Biden, kini dalam perjalanan (ke Israel)!” Trump berkata dalam catatan di platform Truth Social miliknya.

Pentadbiran bekas presiden Joe Biden tahun lalu menghentikan penghantaran bom seberat 2,000 paun apabila mengetahui bahawa Israel merancang untuk melancarkan operasi darat secara besar-besaran di kawasan padat penduduk di Gaza, satu langkah yang ditentang Washington.

Bagi Biden, keengganannya itu adalah kerana merasakan bahawa penggunaan bom berkuasa tinggi di kawasan tersebut akan menyebabkan “tragedi kemanusiaan yang besar.”

Beberapa hari sebelum Biden meninggalkan White House, Israel dan Hamas mencapai persetujuan gencatan senjata tentatif yang untuk menamatkan perang di Gaza secara kekal.

Gencatan senjata itu sedang berkuat kuasa sekarang, dengan Israel dan Hamas menukar kumpulan kedua tebusan Israel dan tahanan Palestin pada hujung minggu ini.

Catatan Trump tidak menyebut sebarang senjata secara khusus yang dihantar ke Israel. Tetapi, menulis dalam majalah Axios, wartawan keselamatan Israel Barak Ravid berkata Trump telah mengarahkan Jabatan Pertahanan AS menghantar segera bekalan bom 2,000 paun.

Semasa penggal pertama presidennya, Trump berulang kali dengan sombong berkata bahawa Israel “tidak pernah mempunyai kawan yang lebih baik di White House,” satu sentimen yang sering diratibkan oleh Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu.

Bagaimanapun, hubungan Trump dan Netanyahu renggang seketika selepas pemimpin Israel itu mengucapkan tahniah atas kepada Biden atas kemenangannya dalam pilihan raya AS pada tahun 2020.

Trump, yang mendakwa kononnya beliau memenangi pilihan raya itu, terus menuduh Netanyahu tidak setia kepadanya.

-BTS Media

Leave a Comment