BTS Media

Tawanan Israel belum bebas: Trump ugut Hamas

BAKAL presiden Amerika Syarikat Donald Trump semalam memberi amaran keras kepada Hamas sekiranya tebusan Israel tidak dibebaskan menjelang pelantikan beliau nanti.

Beliau berkata demikian selepas pendekatan diplomasi pentadbiran Presiden Joe Biden gagal mendapatkan perjanjian untuk menamatkan keganasan Israel di Gaza dan membebaskan tebusan yang diambil 14 bulan lalu.

Sekiranya tebusan tidak dibebaskan sebelum 20 Januari 2025, tarikh beliau dilantik sebagai Presiden AS, Timur Tengah akan berdepan dengan tindak balas (dari AS ) yang amat dahsyat, kata beliau dalam catatan di media sosial, TruthSocial yang dimilikinya.

Trump telah berikrar untuk memberikan sokongan padu kepada Israel.

Hamas melancarkan serangan paling dahsyat dalam sejarah ke atas Israel pada 7 Oktober 2023.

Menurut angka daripada kerajaan Israel, serangan itu mengakibatkan 1,208 kematian.

Hamas mengambil 251 tebusan, sebahagian daripada mereka sudah pun mati. Daripada jumlah itu sekarang, 97 masih ditahan di Gaza.

Kempen ganas balas dendam oleh Israel setakat ini telah membunuh 44,429 orang di Gaza.

-BTS Media

Leave a Comment