BTS Media

Pasangan Malaysia ditahan, didakwa bekal senjata api kepada ‘perisik’ Israel

POLIS menahan sepasang suami isteri tempatan yang disyaki membekalkan senjata api kepada seorang warga Israel yang ditahan di sebuah hotel di Jalan Ampang di Kuala Lumpur.

Pasangan berusia 42 dan 40 tahun itu ditahan sepasukan pegawai dan anggota Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman di sebuah bazar Ramadan di Kuala Selangor, pada pukul 7.15 malam tadi.

Selepas ditahan, polis membawa suspek ke kediaman mereka, juga di Kuala Selangor, di mana mereka menemui sepucuk pistol dalam beg galas di dalam kereta Honda Jazz mereka.

Menurut sumber, suspek lelaki itu dipercayai bertanggungjawab membekalkan enam pistol kepada lelaki Israel itu– disyaki perisik– yang memasuki negara menggunakan pasport Perancis.

Menurut NST, difahamkan pasangan itu akan direman hari ini untuk siasatan lanjut.

Terdahulu, polis turut menahan seorang lelaki tempatan di Cameron Highlands, Pahang, dipercayai pemandu lelaki Israel itu sejak masuk ke negara inu pada 12 Mac lalu.

Polis masih menjalankan siasatan bagi mengenal pasti motif utama warga Israel itu. kemasukan lelaki ke negara ini, selain niatnya untuk memiliki enam pistol dan 200 butir peluru.

Beliau dilaporkan berkata, berdasarkan soal siasat suspek mendakwa datang ke negara ini untuk mencari individu, juga dari negaranya, untuk didakwa dibunuh, kononnya ada kaitan dengan isu keluarga, namun polis tidak percaya penjelasan tersebut.

-BTS Media

Leave a Comment