SEORANG pengurus kilang berusia 36 tahun menyelamatkan diri beberapa saat sebelum keretanya terbakar selepas kemalangan di KM199.7 Lebuhraya Utara-Selatan berhampiran Plaza Tol Ayer Keroh, Melaka.
Tan Hong Ta dari Johor Baru bernasib baik selepas sebuah lori tangki merempuh bahagian belakang sebuah treler and kemudian terbakar bersama kereta BMW Z4 miliknya pada pukul 2.40 petang Hari Rabu (8 Jan).
Menurut Tan, tayar depan keretanya pancit ketika dalam perjalanan ke Kuala Lumpur dari Johor Baru untuk menghadiri mesyuarat.
“Saya berhenti di lorong kecemasan dan menunggu hampir dua jam untuk trak tunda.
“Saya mengambil keputusan untuk keluar dari kereta atas sebab keselamatan dan menunggu di kawasan lapang laluan itu,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian.
Tan berkata, apabila trak tunda tiba, lori tangki yang gagal berhenti telah merempuh sebuah lori treler sebelum terbabas dari laluannya.
“Lori tangki itu terbakar betul-betul di sebelah kereta saya. Saya berada kira-kira 100m dari tempat kejadian dan melihat beberapa letupan dari treler tersebut,” katanya.
Tan berkata selepas menyedari tayar keretanya pancit, dia segera memutuskan untuk keluar kerana teringat tentang kemalangan maut membabitkan pemandu yang masih berada di dalam kenderaan apabila mengalami gangguan mekanikal di sepanjang lorong kecemasan lebuh raya,” katanya.
Pegawai Bomba Kanan Jabatan Bomba dan Penyelamat Melaka Mohd Sany Sahari berkata kereta Tan dan lori tangki musnah dalam kemalangan itu.
“Pemandu treler yang melecur di bahagian muka dan badan diberi rawatan awal oleh pasukan Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) sebelum dikejarkan ke Hospital Melaka.
Kemalangan itu merupakan yang kedua berlaku di Air Keroh pada hari Rabu.
Terdahulu, seorang pemandu bas ekspres cedera parah, manakala lapan orang lagi cedera dalam kemalangan membabitkan lapan kenderaan di lebuh raya Lebuh Sungai Udang-Paya Rumput-Alor Gajah (SPA) Ayer Keroh.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Melaka Mohd Pisar Aziz berkata pihaknya menerima maklumat mengenai kemalangan itu pada pukul 10.38 pagi melibatkan 15 mangsa — 13 lelaki dan dua wanita. Pemandu bas ekspres lelaki cedera parah, manakala lapan lagi cedera ringan.
-BTS Media