BTS Media

Lori tangki terbalik di Lebuhraya Karak

Video: TikTok Afifiah

SEBUAH lori tangki yang membawa minyak sawit terbalik dalam satu kemalangan awal pagi hari Rabu di Lebuhraya Karak.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Noor Ariffin Mohamad Nasir, dalam satu kenyataan berkata kejadian berlaku di KM28 lebuh raya itu kira-kira pukul 3 pagi.

Beliau berkata lori tangki yang dipandu oleh pemandu berusia 41 tahun itu dalam perjalanan ke Pelabuhan Klang dari Kelantan.

Menurut Noor Ariffin brek lori terbabit rosak, lalu menyebabkan kemalangan selepas pemandu hilang kawalan kenderaan tersebut.

“Tiada kecederaan atau kemalangan jiwa,” katanya.

Rakaman dashcam kejadian menunjukkan lori itu terhumban ke tepi selepas terbabas.

-BTS Media

Leave a Comment