BTS Media

Empat cedera di Kuala Selangor, lori tangki minyak sawit langgar dua kenderaan

EMPAT orang cedera manakala tiga lagi selamat selepas sebuah lori tangki minyak sawit terbabas dan melanggar sebuah kenderaan pelbagai guna dan sebuah kereta, menyebabkan semua terbakar di Pasir Penambang, Kuala Selangor pada hari Isnin (6 Jan).

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Selangor Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata pemandu lori tangki mengalami kecederaan di kepala dan leher, pemandu Proton Saga cedera di kepala dan badan, manakala dua lelaki dalam Toyota Alphard cedera ringan dalam nahas yang berlaku kira-kira pukul 2 petang.

“Seorang wanita, lelaki dan perempuan yang menaiki Toyota Alphard tidak cedera. Mangsa dihantar ke Hospital Tanjung Karang untuk rawatan,” katanya dalam satu kenyataan.

Lori tangki terbakar 80%, Proton Saga 90%, dan Toyota Alphard 20%.

-BTS Media

Leave a Comment