GAMBAR: FMT
PEGUAM Negara Datuk Mohd Dusuki Mokhtar enggan mengulas sama ada pejabatnya menerima addendum daripada bekas Yang di-Pertuan Agong, yang didakwa membenarkan Najib Razak menjalani baki tempoh penjaranya di bawah tahanan rumah.
“Saya tidak akan komen,” katanya ketika ditemui selepas perasmian acara tahun undang-undang yang diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya di Putrajaya hari ini.
-BTS Media