ATAS: Peguam Negara Datuk Ahmad Terrirudin Mohd Salleh (kiri) dan bekas Peguam Negara Tan Sri Idrus Harun akan dipanggil oleh Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen.
Oleh Zainal AS Rashid
BEKAS peguam negara Tan Sri Idrus Harun akan dipanggil oleh Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen untuk menjelaskan keputusan kes rasuah Ahmad Zahid Hamidi.
Perkara itu didedahkan Ahli Parlimen Kota Melaka Khoo Poay Tiong, yang merupakan ahli Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSSC) mengenai Hak Asasi Manusia, Pilihan Raya dan Pembaharuan Institusi di Parlimen.
Pengerusi PSSC William Leong (PH-Selayang) dalam pada itu mengesahkan Idrus dan Peguam Negara semasa Datuk Ahmad Terrirudin Mohd Salleh akan dipanggil untuk memberi penjelasan.
berkata, penemuan prosiding itu akan dibentangkan kepada Dewan, lapor The Star.
-BTS Media