BTS Media

Pejabat Peguam Negara nafi keluar kenyataan berhubung pertuduhan ke atas Ketua Setiausaha Negara

Oleh Fetty Rara

JABATAN Peguam Negara (AGC) nafi mengeluarkan kenyataan berhubung pendakwaan terhadap Ketua Setiausaha Negara (KSN) Tan Sri Zuki Ali.

Dalam satu kenyataan hari ini, Peguam Negara Tan Sri Idris Harun menafikan sekeras-kerasnya mengeluarkan dokumen bernombor siri PRO.100-3 yang ditularkan itu.

Dalam kenyataan media palsu itu, AGC didakwa menerima kertas siasatan mengenai Zuki daripada pegawai khas Perdana Menteri Anwar Ibrahim di atas arahannya.

Ia berkata keputusan untuk mendakwa Zuki adalah berdasarkan kenyataan dan fakta dan bukan kerana tekanan daripada mana-mana pihak.

Kenyataan palsu itu turut menyatakan AGC menegaskan bahawa keputusan untuk mengenakan pertuduhan Tan Sri Mohd Zuki Ali adalah berdasarkan keterangan dan fakta hasil daripada penyiasatan dan bukan atas desakan oleh mana-mana pihak atau faktor lain.

-BTS Media

Leave a Comment