BTS Media

Perlis isytihar 1 Jan sebagai cuti umum sempena 1 Rejab 1446H dan Tahun Baru 2025 

KERAJAAN negeri Perlis mengisytiharkan 1 Jan 2025 sebagai cuti umum sempena sambutan Tahun Baharu 2025 dan tarikh keberkatan 1 Rejab 1446H, kata Mohd Shukri Ramli.

Melalui Facebook pada hari Selasa (31 Dis), Menteri Besar Perlis berkata bahawa Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail telah memperkenankan pengisytiharan itu.

“Cuti am ini merupakan satu bentuk penghargaan kepada semua penjawat awam dan rakyat Perlis menjayakan karnival sambutan Tahun Baharu 2025 yang diadakan pada hari Selasa.

“Pengumuman ini diharap dapat memudahkan urusan semua rakyat untuk hadir menjayakan menyertainya dan mengatur segala perancangan sebaiknya,” tambahnya.

Mohd Shukri juga berkata pengisytiharan itu selaras dengan Akta Cuti 1951.

-BTS Media

Leave a Comment