BTS Media

Tiada tol lebuh raya pada 20-21 Jan semasa Tahun Baru Cina, kata Anwar

GAMBAR ATAS: BTS Media.my.

 

Oleh Zainal AS Rashid

ORANG ramai akan dapat menikmati perjalanan bebas tol pada 20 dan 21 Januari ini bersempena dengan sambutan Tahun Baru Cina.

Perdana Menteri Anwar Ibrahim yang mengumumkan ini hari ini berkata menteri pengangkutan dan menteri kerja raya telah mengambil inisiatif untuk berbincang dengan pihak pemegang konsesi, dan seterusnya mendapat persetujuan untuk tidak mengenakan bayaran tol sepanjang dua hari itu.

Ia terpakai untuk semua jenis kenderaan, membabitkan sebanyak RM40 juta.

“Kami berharap dengan mengetepikan caj tol selama dua hari itu, ia akan membolehkan semua rakyat Malaysia menikmati perjalanan semasa Tahun Baharu Cina,” kata beliau selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan kabinet hari ini.

-BTS Media

Leave a Comment