BTS Media

Lori tanpa pemandu menggelongsor ke laluan trafik di Bangsar

POLIS sedang menyiasat kejadian membabitkan sebuah lori tanpa pemandu, menggelongsor ke belakang dan merempuh tiang dan pintu pagar di Jalan Bukit Pantai, Bangsar. Video kejadian itu telah tular di media sosial.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Zamzuri Mohd Isa berkata, kejadian berlaku pada kira-kira pukul 4.20 petang 28 Dis.

Siasatan awal mendapati kejadian berlaku selepas pemandu lori berusia 64 tahun itu meletakkannya kenderaan yang membawa muatan batu di tepi jalan tanpa mematikan enjin dan keluar untuk bertanyakan arah.

Lori itu tiba-tiba mengundur sebelum melanggar tiang dan pintu pagar pejabat Syarikat Air Selangor.

Difahamkan kejadian berpunca daripada kegagalan pemandu menarik brek tangan kenderaan sepenuhnya ketika memberhentikan kenderaan itu di cerun.

-BTS Media

Leave a Comment