BTS Media

Lagi lori terbalik, hari ini di Jalan Kuantan-Kuala Lumpur, Maran

SEBUAH lori kontena terbabas dan terbalik di hadapan sebuah sekolah di KM74 Jalan Kuantan-Kuala Lumpur, Maran pada kira-kira pukul 6.45 pagi hari ini (Sabtu 28 Dis).

Menurut Ketua Polis Daerah Maran Supt Wong Kim Wai, laluan itu terhalang dan pengguna diminta supaya menggunakan laluan lain.

“Kemalangan tidak melibatkan sebarang kecederaan. Jalan dari Maran menghala ke Kuantan ditutup sementara,” katanya dalam satu kenyataan.

Kerja-kerja mengalihkan lori itu sedang dijalankan setakat waktu kenyataan dikeluarkan.

-BTS Media

Leave a Comment