BTS Media

Hujan berterusan diramal di Pantai Timur, Johor minggu depan

JABATAN Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan (waspada) yang diramalkan berlaku di negeri Pantai Timur pada 19 hingga 23 November ini.

MetMalaysia dalam kenyataan pada Jumaat memaklumkan kawasan yang terlibat ialah seluruh Terengganu, Kelantan (Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Tanah Merah, Bachok, Machang dan Pasir Puteh) serta Pahang (Kuantan, Pekan dan Rompin).

Keadaan sama dijangka turut melanda Johor iaitu di Segamat, Kluang, Mersing, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru.

MetMalaysia menasihati orang awam agar sentiasa merujuk laman web www.met.gov.my dan media sosial rasmi serta memuat turun aplikasi myCuaca untuk mendapatkan maklumat terkini dan sahih.

– Bernama

Leave a Comment