RAMALAN hujan lebat berterusan dikeluarkan untuk negeri Pahang dan Johor sehingga esok.
Amaran oleh Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) pada pukul 8.55 pagi Sabtu menyatakan bahawa kawasan terlibat di Pahang ialah Rompin, manakala di Johor Segamat, Kluang serta Mersing.
Hujan berterusan tahap buruk juga diramalkan esok bagi kawasan Pekan, Pahang dan beberapa kawasan di Johor, termasuk Tangkak, Muar, Batu Pahat, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru.
Hujan berterusan tahap waspada diramalkan hingga esok di tiga negeri melibatkan Pahang (Maran, Kuantan dan Bera), Negeri Sembilan (Jempol dan Tampin) serta Melaka.
Amaran waspada juga dikeluarkan bagi beberapa daerah di Sarawak iaitu Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu (Sibu dan Kanowit) dan Mukah (Tanjung Manis, Daro dan Matu) pada Sabtu.
-BTS Media