SEHUBUNGAN itu, Bank Dunia memberi amaran kepada kerajaan Malaysia tentang maslah tersebut yang meletakkannya sebagai antara isu utama memerlukan perhatian segera.
Menurut Laporan Pemantau Ekonomi Malaysia bulan Oktober (Malaysia Economic Monitor Reports) yang dikeluarkan hari ini (9 Okt), pengangguran dalam kalangan graduan telah meningkat daripada lebih satu perempat pada tahun 2010 kepada satu pertiga pada tahun 2022, dengan peningkatan ketara dalam kalangan pemegang ijazah.
Pada tahun 2010, hanya 8.6 peratus pemegang ijazah tidak bekerja – tetapi jumlah itu meningkat kepada 26.9 peratus pada tahun 2022.
“Ini penting kerana pemegang ijazah mencatatkan 48.6 peratus daripada tenaga kerja berpendidikan tinggi pada tahun2022,” kata Bank itu.
Pengangguran dalam kalangan pemegang diploma juga mencatatkan aliran menaik, manakala ia bertambah baik dalam kalangan pemegang STPM.
Mengikut bidang pengajian, program am dan perkhidmatan menunjukkan beberapa kadar pengangguran (SRU) berkaitan kemahiran tertinggi, masing-masing pada 74.5 peratus dan 58.7 peratus.
Bagaimanapun, bidang ini hanya mewakili sebahagian kecil daripada jumlah graduan, masing-masing 7.9 peratus dan 6 peratus.
Bidang seperti kesihatan, perkhidmatan sosial dan pendidikan, bagaimanapun, menunjukkan kadar SRU terendah, masing-masing pada 13.9 peratus dan 8.0 peratus.
Kadar SRU adalah tertinggi bagi golongan termuda dalam tenaga kerja, iaitu 63.5 peratus bagi kumpulan umur 15-24 pada 2022.
Keadaan ini bukan unik hanya di Malaysia, kata laporan itu. Pengangguran berkaitan kemahiran juga dialami di negara lain, termasuk negara berpendapatan tinggi seperti Republik Korea, Australia, United Kingdom dan Amerika Syarikat.
Tetapi, masalah SRU Malaysia mempunyai ciri tersendiri.
Menurut Bank Dunia, antara punca asas peningkatan SRU ialah bilangan pekerjaan berkemahiran tinggi yang rendah diwujudkan untuk pekerja berpendidikan tinggi.
Pada tahun 2023, terdapat hanya 48,700 pekerjaan berkemahiran tinggi yang ditawarkan berbanding 287,000 lebih graduan yang dihasilkan pada tahun yang sama.
Jumlah kekosongan kerja berkemahiran tinggi kekal lebih kurang sama sejak tahun 2018, manakala bilangan graduan lebih 250,000.
Di negeri pula, Kelantan mempunyai bilangan SRU tertinggi diikuti oleh Terengganu: lebih 50 peratus dan separuh daripada tenaga kerja negeri didapati masih belum bekerja.
Perlis dan Pahang menduduki tempat ketiga dan keempat. Kuala Lumpur mempunyai bilangan graduan menganggur paling rendah, iaitu sekitar satu perempat.
Bank Dunia berkata beberapa strategi utama untuk menangani cabaran ini termasuk menyelaraskan kurikulum pendidikan dengan keperluan industri, mengukuhkan daya saing untuk menarik pelaburan berkualiti, menggalakkan pewujudan pekerjaan berkemahiran tinggi, dan menyediakan kemahiran sepanjang hayat yang akan membantu mengharungi perubahan sifat kerja.
-BTS Media