BTS Media

Band The 1975 batal persembahan di Indonesia pula selepas biadab di Malaysia

Oleh Yusoff A. Shariff

KUMPULAN indie-rock British The 1975 membatalkan konsert di Indonesia pada hari Ahad, selepas Malaysia membatalkan keseluruhan Good Vibes Festival (GVF) berikutan kebiadaban penyanyi Matty Healy mencium mulut anggota lekaki pemain bass band tersebut dan mencaci serta memburukkan undang-undang Malaysia.

Undang-undang LGBTQ Indonesia dianggap kurang ketat berbanding di Malaysia, di mana perlakuan homoseksual adalah jenayah.

Bagaimana pun, beberapa acara di Indonesia pernah dibatalkan sejak beberapa tahun kebelakangan ini berikutan tentangan oleh kumpulan dakwah Islam di negara majoriti Islam itu.

Pihak berkuasa Malaysia membatalkan festival muzik Good Vibes di Sepang, Selangorr selepas pihak penaja menghentikan persembahan kumpulan itu pada hari Jumaat, kerana ucapan Matty Healy yang sarat dengan kata-kata cabul dan perlakuan songsang mencium mulut anggota lelaki pemain bass kumpulan itu.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini, kumpulan itu kemudiannya mengumumkan akan membatalkan persembahan mereka pada acara We The Fest di Jakarta, serta pertunjukan pada hari Selasa di Taiwan di mana terdapat komuniti LGBTQ yang besar.

“Disebabkan keadaan semasa, adalah mustahil untuk meneruskan rancangan yang dijadualkan,” kata kumpulan itu.

Setakat ini, kerajaan Indonesia dan penganjur festival masih belum mengulas mengenai pembatalan tersebut.

Persembahan kumpulan itu seterusnya dijadualkan di festival Lollapalooza di Amerika Syarikat pada awal Ogos.

Sebelum ini, semasa di pentas Healy telah memberitahu penonton Malaysia bahawa tidak ada  gunanya menjemput kumpulan itu ke sebuah negara dan kemudian memberitahu siapa mereka boleh melakukan hubungan seks.

-BTS Media

Leave a Comment